Friday, 21 June 2013
Salam Ukhuwah =]
Kalau kita sedang rindukan seseorang ... Tu bermakna ... Allah telah tautkan hati kita dengan hatinya ... Allah Maha Mengetahui isi hati kita ... ^_^
Salam Ukhuwah Fillah =) ♥
Niqabis
Niqabis dan bukan niqabis. Be strong ! Kuatkan imanmu, tbhkan htimu. Dalam hidup nim, kalian akan jumpe 2 jenis manusia. Iaitu yg myokongmu, dan yg btgkus lumus menjathkn kita :-) Tajdid niat, ape yg kte buat, sampaikan, adlh krana Lillahi taala, dn smate nk dpt redhaNya :-)
# Org yg mengejimu,.sbnarnye mreka cmburu dgn kamu., chaiyok muslimah ! ;-) Hasbunallaha wani'mal wakil,.~
=) BAITULLAH =)
BAITULLAH =)
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
Ini pula kata2 sahabat nabi berdebat dan mmberi perumpamaan. org kafir mengatakan dimana kah Allah? sedangkan kami (org2 kafir) nampak dan boleh menyentuh tuhan kami. sahabat pun bg perumpamaan.. "saudara tahukah dimana nye letak NYAWA saudara?.
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah ..
P/S: (" Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.
Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah.
Wallahu'Alam.")
=) 9 Siti yang patut dijadikan contoh =)
9 Siti yang patut dijadikan contoh :
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun.
# SubhanaAllah. :)
Saturday, 15 June 2013
Assalamualaikum..
Assalamualaikum ukti dan akhi =] Awal beno Cy bgun tp dok wat pa2 .. hehe .. tp, hang jangan dok kutuk2 Cy ,, Jaga Kang ?!?! .. huhu grau noh .. breakfast blom g ,, Family Cy masih tdoq kecuali Cy .. hehe .. sbb apo?? Sbb Cy bgon Sbuh ... Solat sbuh pastu 0n FB dan BLOGGER jap .. 2hari cuti xdok best nyer ~~ sbb terase mcm 1hari -_-" gapo gitu plok ?? huhu .. Bwt, hang cer dtg Cy punye BLOGGER dah tu bg buah tangan iaitu "FOLLOW" ! huhu .. oke2 dah lah nie.. =]
Friday, 14 June 2013
=] Beramal dan Menyampaikan =]
Beramal dan Menyampaikan
Dari Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
Allah membuka seluas-luasnya tangan RahmatNya di waktu malam bagi mereka
yang melakukan dosa disiang hari dan membuka tangan RahmatNya di waktu
siang bagi mereka yang melakukan dosa diwaktu malam supaya bertaubat
kepada Allah. (Kerahiman ini) akan terus berlaku sehinggalah matahari
terbit disebelah barat. (HR Muslim)
Mencintai ~
“Orang-orang kaya mencintai waktu pada dirinya, harta tidak jadi masalah bagi mereka. Maka pengorbanan yang terbesar adalah meluangkan waktu dan dirinya. Sedangkan orang-orang miskin itu mencintai harta, waktu tidak jadi masalah bagi mereka. Maka pengorbanannya yang terbesar adalah hartanya. Di sinilah di tuntut pengorbanan waktu, diri dan harta di jalan ALLAH.” - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
Dialog =]
LEMBU : hai babi lama tak jumpa .. sihat?
kenapa nampak macam marah saja?
BABI : ohh,! lembu aku sihat saja .. aku tension
lah hari ini..
LEMBU : kenapa pulak babi?? cer cite..
BABI : tadi aku nmpk manusia ni lelaki dengan
perempuan sedang berdua duaan.. so..
aku lalu tepi mereka adakah patut
mereka maki hamun serta baling batu
dekat aku... ??? haish!!
LEMBU : yela kau tu kan babi najis yang berat
bagi mereka.. patutlah mereka maki
hamun kau..
BABI : senajis aku boleh lagi cuci dengan air
tanah,, tapi mereka berpegang2 ,
meraba2 bukan mahram.. entah macam
mana nak cuci... lebih baik mereka
pegang aku daripada bersentuhan
dengan bukan mahram...
LEMBU : ye tak ye juga kan.. ermm.. tak tau nak
cakap ape lagi...
Wednesday, 12 June 2013
=) CintaMu =)
Istigfarlah kala bertemu cintamu,
Bertasbihlah kala melihat keindahan cintamu,
Bertahmitlah kala kamu yakin dia milikmu,
Dan bilamana ada kekurangan dari cintamu,
Syukurilah kekurangan dan kelebihannya,
Lengkapilah dengan cintamu kekurangannya..
~mawaddah fillah,mahabbah lillah~ ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)